The Red Giants

EN
MY
Selangor FC
SELANGOR FC
BERITA

Previu Perlawanan LS13 | PDRM FC vs Selangor FC | Peluang Merapatkan Jurang Menentang Sang Saka Biru

Dec 23, 2025 - FAS

Selangor FC akan berkunjung ke Stadium Majlis Perbandaran Selayang bagi perlawanan minggu ke-13 saingan Liga Super 2025/26 menentang PDRM FC pada jam 8:15 malam.

Ini merupakan pertemuan ke-35 di antara Gergasi Merah dan Sang Saka Biru. Setakat ini, skuad Merah Kuning telah memenangi 20 perlawanan dan 10 seri. Secara keseluruhan, 89 jaringan gol telah terhasil daripada #PDRMSFC.

Menurut Christophe Gamel, Ketua Jurulatih Selangor FC, beliau menegaskan bahawa pasukan sentiasa hormat pihak lawan dan mahu para pemain berikan reaksi terbaik dengan cabaran yang mereka akan berikan.

“Persiapan pasukan bagi perlawanan ini berjalan dengan lancar. Saya telah memberikan beberapa hari untuk para pemain mendapatkan semula kecergasan fizikal dan mental mereka. Setakat ini, keadaan pasukan berada di tahap yang baik dan para pemain fokus serta menunjukkan semangat yang tinggi untuk mencapai sasaran tersebut,” jelas Gamel.

“Kita sentiasa menghormati pasukan lawan, terutamanya kerana mereka sentiasa memberikan komitmen yang tinggi apabila berdepan Selangor FC. Oleh itu, kami menjangkakan perlawanan yang lebih mencabar daripada biasa. Oleh itu, kita perlu berikan reaksi terbaik kepada cabaran yang mereka berikan dengan mentaliti yang kuat, kerja keras serta dedikasi untuk meraih kemenangan pada malam ini,” yakin beliau.

Dari segi ketersediaan pemain, tiga pemain masih tidak dapat diturunkan: Sharul Nazeem yang mengalami kecederaan ACL dan Zach Clough yang mengalami kecederaan otot pinggul. Sementara itu, Alvin Fortes telah kembali menjalani aktiviti penuh bersama pasukan daripada kecederaan otot gluteus. Walau bagaimanapun, Skuad Gergasi Merah bersedia untuk berikan siangan yang tinggi kepada skuad Sang Saka Biru pada malam ini.

Pihak pengurusan Selangor FC percaya pasukan akan berusaha keras untuk menambah tiga mata seterusnya dalam saingan Liga Super 2025/26 pada malam ini. Ayuh, Gergasi Merahku!

Demi Kebanggaan!